sepanjang zaman


Friday, May 4, 2012

JIGSAW PUZZLE ISLAM AKHIR ZAMAN

time: 4:07PM 4/5/2012


((( JIGSAW PUZZLE ISLAM AKHIR ZAMAN )))

AGAMA TERTEGAK DENGAN PENGORBANAN BUKAN DENGAN PILIHANRAYA...

Sebelum Islam Kembali Gemilang, Umat Islam Terpaksa Menempuh Zaman Gelap Atau Zaman Fitnah Yang Panjang...
Telah Sekian Lama Dan Hampir Kepada Kemuncak Zaman Yang Dikatakan "Pemenuhan Ramalan Kenabian"...
Dimana Sahaja, Terjadinya Fitnah Atau Bala Kepada Umat Islam...

Sebagai Muqadimah Pembuka Bicara...
Admin Ingin Mengatakan Bahawa Sebelum Zahirnya Al Mahdi Akan Terlebih Dahulu Dizahirkan Pembantu Kanan Al Mahdi Itu, Yang peribadinya Disebutkan Sebagai Pemuda Bani Tamim, Atau Suku Tamim, Atau Dalam Banyak Hadis Menyebut Sebagai Pemuda Tamim, Yang Merupakan Pemegang (Panj Panji Hitam) Al Mahdi...

Disini Dilampirkan Beberapa Hadis Berkenaan Beliau...

Dari Ibnu Mas'ud RA, katanya,
"Ketika kami berada di sisi Rasulullah SAW, tiba-tiba datang sekumpulan anak muda dari kalangan Bani Hasyim. Apabila terlihatkan mereka, maka kedua-dua mata baginda SAW dilinangi air mata dan air muka baginda kelihatan berubah. Aku pun bertanya, "Mengapakah kami melihat pada wajah Tuan sesuatu yang tidak kami sukai?" Baginda menjawab, "Kami Ahlul Bait telah Allah pilih untuk kami akhirat lebih dari dunia. Kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran selepasku kelak sehinggalah datang suatu kaum dari sebelah Timur yang membawa bersama sama mereka Panji-panji Hitam. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya, maka mereka pun berjuang dan beroleh kejayaan lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu tetapi mereka tidak menerima sehinggalah mereka menyerahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabatku yang akan memenuhkan bumi ini dengan keadilan seperti halnya bumi ini dipenuhi dengan kedurjanaan sebelumnya. Sesiapa di antara kamu yang sempat menemuinya, maka datangilah mereka itu walaupun terpaksa merangkak di atas salji. Sesungguhnya dia adalah al-Mahdi." (Ibnu Majah)

Admin Tidak Berhajat Untuk Mengulas Panjang Tentang Pemuda Bani Tamim, Cuma Ingin Menerangkan Bahawa Bagaimana Cara Perjuangan Mukmin Sejati, Yang Mana Mereka Tidak Mencampurkan Antara Hak Dan Yang Batil....

Inilah Yang Dikatakan Didalam Hadis Mengenai Mereka...
Hadith Nabi SAW : “ Sesungguhnya Bani
Tamim itu mempunyai kekuatan jiwa
yang hebat, tetap pendirian dlm
mempertahankan prinsip. Mereka juga
adalah pembela kebenaran diakhir
zaman “ Sabda Nabi SAW:“ Bani Tamim
merupakan golongan dari ummatku yang amat memusuhi Dajjal “...

>>> Matlamat Tidak Menghalalkan Cara <<<

Amatlah Tidak Masuk Akal Bagi Yang Mengatakan Islam Tertegak Melalui Pilihan Raya Atau Pun Dipanggil Dengan Sebutan DemoKrasi...
Islam Sebagai Agama Yang Syumul Atau Sempurna TIDAK memerlukan Apa-Apa Sistem Atau Ideologi Lain Untuk Memartabatkannya...
Islam Ada Sistem Dan Caranya Tersendiri...
BAGAIMANA sistem Yang Dicipta Oleh Pakatan YAHUDI Dan NASRANI tersebut Mampu Untuk Menegakkan Islam??
Sebab Itulah, Jemaah Islam Yang Bercita-cita Untuk Mendaulatkan Islam Bukan Sahaja Tidak Pandang Mulia Bahkan Semakin Banyak Fitnah-fitnah Yang Dibebankan...

Bila melihat pada hadis akhir zaman
tentang: PEMUDA BANI TAMIM DAN
PERJUANGANNYA...
IANYA TIDAK BERSIFAT POLITIK ATAU MENYERTAI MANA-MANA PARTI POLITIK.

Kerana perjuangan Pemuda Bani Tamim adalah bersifat GLOBAL bertebaran ke seluruh dunia.... Memang benar, Islam dan politik tidak dapat dipisahkan kerana kedua-duanya tidak mempunyai garis pemisah yang jelas....
Jika dipisahkan juga, akan pincanglah salah satunya. 
Namun begitu, perlu diingat, politik yang ada pada hari ini bukanlah politik cara Islam dan Islam tidak pernah mengenali dan mencipta sistem politik yang sedemikian rupa. Sistem politik yang ada hari ini adalah sistem politik ciptaan Barat dan juga diamalkan oleh Barat. Jika sistem politik hari ini dikatakan serasi dgn Islam, adalah mustahil Barat yang Anti-Islam itu
mahu mengamalkan sistem politik yg
'dikatakan' diasaskan oleh Islam. 

Jelaslah bahawa sìstem politik hari ini adalah dari Barat dan sistem Barat (Yahudi dan Nasrani). Lagi pula, sistem politik Barat hari ini adalah lanjutan drp sistem pecah dan perintah....

Pecah kerana sesebuah negara dibentuk melalui sempadan yang dibuat berdasarkan sesuatu kaum, tanpa
mengira agama. Sistem politik hari ini
juga amat terhad kegiatan politik hanya
bersifat kedaerahan, iaitu hanya berlegar di dalam sesebuah negara sahaja. Biar apa nama pun sesebuah parti politik, kegiatan mereke tidak sampai ke mana. Tidak ada cita-cita mengembangkan fahaman parti politiknya ke luar dari negaranya biar pun mengaku mengembangkan Islam... 

Dan tidak akan ada keizikan utk sesebuah parti utk CAMPUR TANGAN dalam urusan dalaman negara lain. Itulah yg dikatakan sistem politik pecah dan perintah, yang diasas dan
dikembangkan oleh Barat dan diamalkan pula oleh umat Islam dalam negaranya sendiri....

Parti-parti Politik juga apabila
diwujudkan, mestilah berdaftar dgn pihak Pendaftar dalam Negara berkenaan. Jika diizinkan barulah boleh ditubuh dan digerakkan jentera parti berkenaan....
Sesebuah 'Parti Islam' hanya boleh
'berkokok' dalam negaranya sendiri saja....
Jika cuba campur tangan dalam urusan
negara lain atau cuba mengembangkan
pengaruhnya di negara lain, akan
dibantah oleh ndgara yang cuba
dicampurinya itu....
Soalannya, Adakah sistem Politik Islam mengenal sistem yang sedemikian? Adakah Islam hanya bersifat
internal (dalaman) saja???

Islam itu Memerintah dan bukanlah utk Diperintah sesuka hati. 
Islam perlu didaftarkan untuk
membolehkannya bergerak???
Jika tidak didaftarkan, bagaimana utk berdakwah???
Bolehkah berhenti berdakwah semata-
mata dengan alasan tidak diberi keizinan???
Bukankah Islam tidak mengenal
sempadan???

Lihatlah Pula bagaimana Rasulullah S.A.W menolak kuasa memerintah yang ditawarkan padanya...
Tetapi Baginda membangunkan kumpulan sendiri dengan kaedah sendiri yang dengan kumpulan itu akhirnya membesar dan kuasa memerintah diperolehi dengan
sendirinya, tanpa tawar-menawar atau
perebutan kuasa; kecualilah apa yang
berlaku kepada Imam Ghazali yang
menerima jawatan Perdana Menteri tapi kemudian ditolaknya dan dia merasa tugas itu telah merosakkan hatinya....

Imam-imam besar yang lain turut
menolak jawatan itu. Begitulah berhati-
hatinya para kekasih Allah. Mereka hanya sanggup jadi penasihat pemerintah...
Malah sesetengah mereka hingga sanggup dihukum kerana menolak jawatan tersebut...
Apa yang saya maksudkan ialah, sejarah
telah membuktikan bahawa proses peng-Islaman negara dan manusia ini
mempunyai cara-cara tertentu dan
memakan masa yang bukan pendek dan
cepat. Ia mesti disusun, dirancang dan
dilaksanakan dengan penuh hati-hati dan berhikmah....
Musuh kita lahir dan batin tidak pernah
rehat dari tugas mereka...
Matlamat memperjuangkan Islam itu
kerana Allah, Alatnya pelbagai dan salah
satu contohnya yang ditunjukkan zaman ini politik demokrasi. 
Maka apabila perebutan kuasa politik hinggakan matlamat menghalalkan cara
menunjukkan matlamat bukan lagi Allah
tetapi kuasa. Ini bermakna matlamat
sudah jadi alat, Alat Sudah jadi
matlamat..

Kesyumulan Islam diperjuangkan secara bertahap-tahap, bermula dari dalam diri, keluarga, kemudian masyarakat dan negara.
Memperkatakan kesyumulan Islam di
peringkat negara apalagi di peringkat
dunia, sedangkan kesyumulan Islam di
dalam diri kita belum tegak samalah
seperti “belum duduk sudah berlunjur”..

Kerana itulah, Pemuda Bani Tamim ini tidak terlibat dgn mana-mana sistem politik atau menyertai mana-mana
parti politik. Org yang bersih jiwa dan
hatinya tidak akan menyertai mana-mana parti politik. 
Orang yg Ahli perjuangan tidak akan
mahu melibatkan diri dalam kancah
politik walau dlm mana-mana negara pun.

Sebab itulah, pengikutnya boleh ditemui
dimana2 diseluruh dunia, terutama di
negara2 sebelah Timur...
Juga terdapt di negara sebelah Khurasan dan di Timur Tengah...
Inilah politik Islam sebenarnya,
sistem politik yg tidak mengenal
sempadan negara....

Jika benarlah politik hari ini
dapat menegakkan Islam tidak perlulah
nanti dizaman Imam Mahdi, sistem
politik ini dimusnahkan sama sekali.
Takut kita telah mengunakan undang2
manusia tidak mengunakan undang2
Tuhan dikatakan mempersekutunya
tanpa disedari. Siapa dalang disebalik
sistem ini???

Apa motif merekamenciptakan sistem politik ini dan digubal sbg politik negara???
Sungguh bijaksana perancangan 'mereka'. Mereka lebih alim tentang hadith akhir zaman, hampir 400 tahun mereka sudah merancang. Tapi kita pula yang buta...

Al-Baqara [2:109]
Banyak di antara Ahli kitab (yahudi dan Nasrani) suka kalaulah kiranya mereka dapat mengembalikan kamu menjadi
kafir setelah kamu beriman, kerana dengki yang timbul dari diri mereka sendiri, sesudah nyata kepada mereka kebenaran (Nabi Muhammad s.a.w). Oleh itu, maafkanlah dan biarkanlah
oleh kamu (akan mereka), sehingga Allah datangkan perintahNya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Sekian Dari Minda Mutakhir...


credit to :  Ekspedisi Panji-panji Hitam...
http:/www.facebook.com/photo.php?fbid=260909677340946&id=153331424765439&set=at.168651213233460.34254.153331424765439.100001539105346&ref=pb&_ft_=fbid.349947475066553

No comments:

Post a Comment